Teka Teki Lawak dan Jawapan yang disediakan disini diharap dapat dicuba oleh anda jika anda mempunyai masa lapang. Cuba lah dan kongsi bersama rakan-rakan anda.
Haiwan apakah yang ejaannya mempunyai dua huruf sahaja?
Jawapan : Udang iaitu U dan G
Tak ada kepala, ada leher, ada tangan, tak ada jari, ada badan, tak ada kaki?
Jawapan : Baju
Benda apa, kepala bujur satu kaki?
Jawapan : Reket badminton
Bom apakah tidak boleh meletup?
Jawapan : Bomba
Didalam banyak-banyak kasut, kasut apakah yang ramai orang cari?
Jawapan : Kasut yang hilang.
Rumah apa yang banyak guna air?
Jawapan : Rumah yang terbakar.
Dalam banyak-banyak batu, batu apa yang sejuk?
Jawapan : Stone Cold
Apakah yang “Jauh di mata, dekat di hati”?
Jawapan : Usus
Pokok apakah yang berbuah sekali sahaja?
Jawapan : Pokok pisang
Dia lembu, tapi bukan lembu.
Jawapan : Gambar lembu
Ubat ini biasanya berwarna hijau tetapi tidak boleh dimakan. Ubat apakah itu?
Jawapan : Ubat nyamuk
Negara apakah yang ejaannya huruf berganda?
Jawapan : Uganda
Tidak boleh dilihat tetapi boleh ditimbang?
Jawapan : Bertimbang rasa
Apakah anggota badan buaya yang terdapat di darat?
Jawapan : Lidah buaya
Ikan apakah yang boleh digunakan untuk mengikat?
Jawapan : Ikan tilapia
Benda apa, cabut kepala nampak urat, badan gemuk, pinggang ramping, kaki besar?
Jawapan : Pelita
3 kepala, 6 mata, 8 kaki. Apakah bendanya tu?
Jawapan : Koboi naik kuda bawa ayam
Kenapa Superman pakai baju ketat?
Jawapan : Sebab bajunya ada tertulis S yang bermaksud saiz S.
Untuk banyak lagi teka teki lawak bolehlah layari Mylawak.com atau TekaTeki.org sekarang.